........

........

Saturday, May 12, 2012

Welcome back to school kyra !

WELCOME BACK TO SCHOOL KYRA ! 

semua permohonan upu, maktab, matrik telah ditolak . cuma form 6 je yg nak terima aku . seriously , aku rasa jeles sgt-2 tgk bff aku dpt matrik . rasa rendah diri je . pernah gak nangis mengenangkan nasib yg tak seberapa ni :( yela , rasa mcm xadil je kan? tapi, mgkin Allah S.W.T ade perancangan yg lebih baik utk aku. yela, kita hanya mampu merancang . Tuhan yg menntukannya. kan kan ? hehe .


nahh , baca sikit sal form 6 nih ! :

PELUANG

KUOTA LEPASAN STPM LEBIH CERAH KE UNIVERSITI
Pelajar berprasangka bahawa mereka dari lepasan STPM tidak mempunyai peluang yang cerah kerana disaingi oleh pelajar-pelajar daripada matrikulasi yang sudah semestinya mempunyai keputusan yang memberangsangkan. Hal ini ternyata salah kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kelebihan kepada pelajar lulusan STPM untuk ke IPTA. Hal ini adalah kerana pelajar Tingkatan Enam mempunyai saingan yang sedikit kerana tidak semua sekolah menawarkan Tingkatan Enam . Hanya segelintir sekolah sahaja ada Tingkatan Enam ini. Bilangan pelajar Tingkatan Enam juga kecil kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di matrikulasi, kolej mahupun politeknik kerana beranggapan Tingkatan Enam merupakan pilihan terakhir bagi mereka.

PENGIKTIRAFAN SIJIL STPM 
Pelajar lepasan SPM tidak yakin dengan pengajian di Tingkatan Enam dan berasa khuatir jika sijil STPM tidak laku untuk digunakan. Sebenarnya kenyataan ini adalah tidak bernas kerana STPM telah diiktiraf oleh IPTA tempatan. Realitinya banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland menyamakan STPM dengan A-Level. Hal ini sepatutnya telah mengetepikan prejudis terhadap pengiktirafan sijil STPM dan tidak khuatir untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam. Seharusnya pelajar belajar bersungguh-sungguh semasa di Tingkatan Enam dan mengambil peluang ini sebagai jalan terbaik ke IPTA

PENJIMATAN KOS 
Kini, ibu bapa lebih suka dan menggalakkan anak mereka ke program matrikulasi, kolej atau mana-mana institusi pengajian berbanding ke Tingkatan Enam selepas SPM, tanpa mereka sedari kos yang diperlukan adalah amat tinggi berbanding ke Tingkatan Enam. Menyertai Tingkatan Enam adalah cara yang paling bertepatan kerana tidak memerlukan kos yang banyak malahan mereka boleh mengitar semula barangan semasa tingkatan 5. Berbanding apabila memasuki institusi lain, ibu bapa terpaksa membelanjakan sejumlah wang bagi menampung kos keperluan kemasukan seperti baju,kasut bahan rujukan serta kos penginapan.Selain itu, mereka terpaksa menyediakan keperluan telefon bimbit malahan perlu menyediakan laptop sebagai satu kemudahan. Keadaan ini jauh berbeza dengan pelajar Tingkatan Enam iaitu telefon bimbit dan laptop bukanlah satu kemudahan yang perlu ada dan dibawa ke sekolah.


HARAPAN

STPM PATUT DIJADIKAN PASPORT UTAMA KE IPTA
Pelajar Tingkatan Enam berpendapat bahawa STPM amat sukar dan banyak yang terpaksa dibaca menjadi suatu sindrom kepada mereka.Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa belajar dalam tempoh hanya satu tahun setengah iaitu setengah tahun bagi Tingkatan Enam Rendah, dan setahun lagi bagi Tingkatan Enam Atas. Mereka beranggapan bahawa kegagalan meraih keputusan cemerlang pada peringkat STPM akan mengecewakan mereka jika hendak melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi Awam. Hanya calon yang mencatat keputusan cemerlang dan gemilang sahaja akan ditawarkan tempat disebabkan oleh kesempitan tempat di IPTA. Selain itu,majoriti IPTA sudah ada menawarkan program matrikulasi dan diploma tersendiri untuk diserapkan ke institusi mereka sekaligus mempersempitkan peluang calon yang kurang cemerlang untuk meneruskan pengajian mereka. Oleh itu,wajar dilaksanakan dengan penuh komited ialah menjadikan STPM sebagai pasport utama secara menyeluruh tidak terbatas kepada calon cemerlang dan gemilang sahaja.


now, aku dah bersemangat nak belajar kat form 6. semoga Allah S.W.T mempermudahkan perjalanan aku sepanjang masuk form 6 ni :') AMIN.

haha :) yeahhh , jommmm !


No comments: