........

........

Thursday, March 28, 2013

JAGALAH HATIKU UNTUK SEKETIKA..




setiap yang tersurat ada yang tersirat... fahamilah luahan isi hatiku yang ku ungkapkan dalam sebuah sajak..


jagalah hatiku untuk seketika
tidak lama hanya sekejap cuma
fahami isi segala rasa
yang terbuku di dalam dada
segala rasa sayang dan cinta
yang kian membara
hadirnya tanda diduga mahupun dipaksa

jagalah hatiku untuk seketika
sebelum tiba masa aku tidur selamanya
meninggalkan alam fana
yang indah di tatap mata
lebih indah jika bersama insan yang dicinta

jagalah hatiku untuk seketika
hentikan segala lakonan manja
aktifkan kasih sayang di jiwa
berikan yang terbaik untuk aku rasa
sebelum aku menutup mata
buat selama-lamanya

jagalah hatiku untuk seketika
pinta ku satu tiada dua
jagalah hatiku untuk seketika
sungguh aku sudah cukup tersiksa
dengan segala dugaan yang ada
aku juga ingin bahagia
bersama dia yang aku cinta
aku cinta dia dan hanya dia
Tuhan tolong aku memilikinya
cukupla hanya untuk sementara
aku rela menunggu lama
asalkan aku boleh bahagia


JAGALAH HATIKU UNTUK SEKETIKA :'(


aku bukan boneka..
aku punya sejuta rasa
ingin mencinta dan dicinta
aku juga berhak bahagia
Tuhan, jagakan dia :'(



Friday, March 8, 2013

SIAPA DIA?



aku rindukan dia, tapi siapa? aku inginkan dia, tapi siapa? siapa yang aku dambakan di kala malam menjelma? siapa yang aku impikan di kala lena di buai mimpi? SIAPA? siapa dia aku tidak pasti.tapi yang pasti, aku mencintai dia juga menyayangi dia. dia buat aku bahagia. tersenyum di kala duka. mungkin pernah buat aku terluka tapi sentiasa memujuk hati yang lara. mungkin juga dia pernah menyakiti hatiku tanpa sedar tapi aku tulus menyayangi dirinya. saat mata beradu, wajahnya selalu bermain di mata. tanpa sedar, terbit air mata yang aku sendiri tak tahu apa puncanya. 

gambarnya ku tatap lagi. lagi dan lagi. tanpa jemu. mungkin sampai bila-bila pun aku tak akan pernah berhenti dan tak pernah untuk merasa jemu walau sedikit pun. 

luahan hati tak mungkin siapa dapat tafsirkan. dari luaran memang tampak tiada apa-apa tapi di hati cukup lara dengan segala yang ada. cukup! semuanya sudah cukup. tapi kenapa aku masih di sini? mengharapkan sesuatu yang tak pasti. tapi aku yakin, BAHAGIA itu pasti ada untuk aku. cuma aku perlu BERSABAR. sampai bila, aku tak pasti. 

jangan pernah lepaskan genggaman tanganmu sayang


hidup sering di atas dan adakalanya di bawah. cukup buat aku rasa terabar dan kadang-kala merasa putus asa untuk terus berjuang. berjuang? ya, berjuang dalam perasaanku sendiri. saat aku tewas, air mata jadi saksi. tapi air mata buat aku bangkit semula untuk terus berjuang. kenapa? cuma aku yang tahu kenapa kerana cuma aku yang merasa perit di dada.

kini, aku bahagia. cuma menanti untuk menjadi permaisuri hatinya. mungkin? beberapa tahun lagi. SABAR. ya, sabar itu penguat dan ubat yang cukup mujarab bagi aku. aku setia menunggumu. aku pegang segala kata-kata janjimu. sampai bila-bila. sayang, "kitak polah kamek bahagia" .. seribu rasa, sejuta cinta hanya untukmu. tiada satu pun perkataan di dunia ini yang dapat mengungkapkan erti cintaku buat dirimu.


boleh kan?? 


SIAPA DIA? biarlah mejadi seribu persoalan yang tertanya. hanya yang Maha Esa Maha Mengetahuinya


semoga ada jodoh antara kita.

aku sayang padamu

Capital A
AKU SETIA MENUNGGUMU :')
KYRA MIKY