........

........

Saturday, August 17, 2013

doa buat ibu..


kalau aku di tempat dia, pasti aku akan merasa sedih.. dia tidak mengerti apa-apa.. anak kecil yang hanya tahu ingin merasa bahagia.. menumpang kasih di tempat orang lain.. tanpa memahami apa-apa pun.. jika aku di tempat dia, pada umur yang sama, pasti aku juga akan seperti dia.. tidak mengerti apa-apa :'( tapi, aku yang kini sudah dewasa, memahami segalanya hanya mampu melihat.. tanpa mengetahui apa yang ada di lubuk hatinya.. aku mewakili si dia, menulis luahan hati ini.. yang aku rasa, suatu hari nanti dia akan buat dan luahkan apa yang terpendam di hatinya seperti mana aku sekarang..


IBU..
lahirnya aku ke dunia, atas pengorbananmu.. 
pengorbananmu dalam bertarung nyawa demi melahirkan anak seperti aku. walaupun aku hidup 9 bulan 9 hari dalam kandunganmu, dalam rahimmu, tapi aku tidak mmpu merasa kasih sayangmu sepanjang aku membesar.. aku hidup dalam keluarga yang berbeza.. bukan keluargaku yang sebenar.. meskipun begitu, aku bersyukur kerana sepanjang berada dalam kandunganmu, aku dapat merasakan betapa kau menyayangiku.. kau menjagaku sehingga aku sihat dilahirkan tanpa sebarang implikasi mahupun penyakit.. wajah gembira kau menyambut kelahiranku mungkin ku tak pernah ingat tapi aku seperti dapat merasakannya.. aku bersyukur ibu.. ibu, aku tak mampu untuk membalas segala jasamu.. aku tak mampu untuk mengenal kau dengan lebih dekat.. aku tak mampu ibu.. kerna aku tak mengerti apa-apa waktu itu.. aku tahu tapi aku tak mengerti.. aku cuma mengiyakan kata-kata disekelilingku tanpa memahami sebutir pun bicara mereka.. 10 tahun ibu.. 10 tahun aku hidup di bumi tapi aku tak bisa merasa kasih sayang ibu yang melahirkanku.. aku bersyukur kerana ibuku yang kini menjagaku dengan penuh kasih sayang.. segala nakal ku di layan dengan sabar.. melayanku seperti anak sendiri.. saat ku dengar berita pemergianmu, aku kelu ibu.. kelu tak bersuara.. hilang segala petah bicaraku.. memahamikah aku maksud pemergianmu ibu? permergianmu bukan untuk sementara..
tapi untuk selama-lamanya..
kau pergi meninggalkan aku yang masih belum mengenal kau dengan lebih mendalam..
aku minta maaf ibu..
hanya maaf yang mampu aku titipkan.. malam itu, sekalung doa ku titipkan dan ku aminkan buat ibu yang pernah melahirkanku.. buat ibu.. ibu dalam erti kata sebenar :'( suatu hari, aku pasti akan memahami ibu..


p/s : - ini luahan hati yang mungkin akan dilakukan oleh dia satu hari nanti.. siapa dia yang aku maksudkan? cuma Allah yang Maha Mengetahui.. semoga Allah mencucuri roh ibunya.. :'(



No comments: