........

........

Friday, March 8, 2013

SIAPA DIA?



aku rindukan dia, tapi siapa? aku inginkan dia, tapi siapa? siapa yang aku dambakan di kala malam menjelma? siapa yang aku impikan di kala lena di buai mimpi? SIAPA? siapa dia aku tidak pasti.tapi yang pasti, aku mencintai dia juga menyayangi dia. dia buat aku bahagia. tersenyum di kala duka. mungkin pernah buat aku terluka tapi sentiasa memujuk hati yang lara. mungkin juga dia pernah menyakiti hatiku tanpa sedar tapi aku tulus menyayangi dirinya. saat mata beradu, wajahnya selalu bermain di mata. tanpa sedar, terbit air mata yang aku sendiri tak tahu apa puncanya. 

gambarnya ku tatap lagi. lagi dan lagi. tanpa jemu. mungkin sampai bila-bila pun aku tak akan pernah berhenti dan tak pernah untuk merasa jemu walau sedikit pun. 

luahan hati tak mungkin siapa dapat tafsirkan. dari luaran memang tampak tiada apa-apa tapi di hati cukup lara dengan segala yang ada. cukup! semuanya sudah cukup. tapi kenapa aku masih di sini? mengharapkan sesuatu yang tak pasti. tapi aku yakin, BAHAGIA itu pasti ada untuk aku. cuma aku perlu BERSABAR. sampai bila, aku tak pasti. 

jangan pernah lepaskan genggaman tanganmu sayang


hidup sering di atas dan adakalanya di bawah. cukup buat aku rasa terabar dan kadang-kala merasa putus asa untuk terus berjuang. berjuang? ya, berjuang dalam perasaanku sendiri. saat aku tewas, air mata jadi saksi. tapi air mata buat aku bangkit semula untuk terus berjuang. kenapa? cuma aku yang tahu kenapa kerana cuma aku yang merasa perit di dada.

kini, aku bahagia. cuma menanti untuk menjadi permaisuri hatinya. mungkin? beberapa tahun lagi. SABAR. ya, sabar itu penguat dan ubat yang cukup mujarab bagi aku. aku setia menunggumu. aku pegang segala kata-kata janjimu. sampai bila-bila. sayang, "kitak polah kamek bahagia" .. seribu rasa, sejuta cinta hanya untukmu. tiada satu pun perkataan di dunia ini yang dapat mengungkapkan erti cintaku buat dirimu.


boleh kan?? 


SIAPA DIA? biarlah mejadi seribu persoalan yang tertanya. hanya yang Maha Esa Maha Mengetahuinya


semoga ada jodoh antara kita.

aku sayang padamu

Capital A
AKU SETIA MENUNGGUMU :')
KYRA MIKY  

No comments: